Berita Harian |
Dasar mewajibkan kemudahan sekolah di kawasan perumahan baharu perlu dilaksana berdasarkan kajian permintaan dan pelan induk yang menyeluruh, bukannya peraturan mandatori secara menyeluruh tanpa mengambil kira keperluan sebenar. Pengarah Penyelidik Rahim & Co International, Sr Sulaiman Saheh, berkata hasrat memastikan kemudahan persekolahan mudah diakses penduduk adalah baik, khususnya bagi projek di kawasan baharu yang belum mempunyai sekolah atau tadika.
Bagaimanapun katanya, penentuan lokasi dan bilangan sekolah perlu berpandukan analisis permintaan, keberkesanan serta kualiti kemudahan pendidikan yang disediakan, selain diselaraskan dengan strategi pendidikan negara.