Berita Harian |

Pada 1 Julai 2025, Malaysia melangkah ke fasa baharu dalam reformasi fiskalnya dengan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, kerangka cukai ini bertujuan untuk meluaskan asas percukaian negara dan mengukuhkan kedudukan fiskal negara tanpa membebankan rakyat secara berlebihan. 

Secara amnya, barangan dan perkhidmatan asas kekal dikecualikan SST. Pindaan-pindaan yang dilaksanakan mulai 1 Julai itu kebanyakannya membabitkan barang pilihan dan bukan keperluan asas, dan aktiviti komersial niaga-ke-niaga. Dalam kalangan itu, terdapat dua pindaan yang membabitkan sektor hartanah secara langsung.