Berita Harian |

Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur bulan lalu mengeluarkan pekeliling yang melarang sekatan din­ding dalaman di bangunan kediaman dan komersial berstrata yang merangkumi kategori pangsapuri, kondo­minium, pangsapuri servis dan SOHO di Kuala Lumpur.

Larangan berkenaan ditujukan kepada sekatan dalaman demi menambah bilangan bilik sesebuah unit strata yang pada asalnya di­luluskan mengikut Perintah Pembangu­nan yang diberikan oleh pihak tempatan untuk penginapan sebuah isi rumah yang tipikal.

Penambahan nombor bilik akan mengubah reka bentuk susun atur unit yang berunsurkan penukaran kegunaan daripada kediaman kepada komersial untuk membolehkan aktiviti penye­waan secara komersial ‘ala asrama’ yang boleh menjurus kepada kesesakan akibat lebihan kapasiti penghuni yang dihasratkan daripada reka bentuk asal.