BH |

Cabaran yang dihadapi oleh industri hartanah pada masa ini adalah kompleks memandangkan terdapat hubung kait daripada pel­bagai sudut yang berbeza oleh pemain industri yang terbabit secara langsung atau tidak langsung. Semuanya mempun­yai cabaran tersendiri, baik daripada pembeli dan pengguna di pasa­ran, pemaju, penjual dan pelabur, pihak berkuasa dan kerajaan mahupun pihak perun­ding dan profesional yang terbabit di dalam sektor berkenaan. Ditambah dengan kemajuan teknologi dan digitalisasi serta evolusi minda dan kehendak pasaran, pengguna mula meletakkan harapan yang tinggi kepada perkhidmatan yang diberikan.

Untuk berkongsi pandangan dari­ pada sudut pengamal profesion har­tanah seperti penilai, ejen dan pengu­rus hartanah, baru­-baru ini di sebuah konvensyen hartanah, perbincangan diadakan mengenai keperluan kepada perubahan supaya perkhidmatan in­dustri hartanah dapat dipertingkatkan sejajar dengan kehendak semasa.