Dagang News |

Nilai urus niaga hartanah di Melaka pada tahun lalu mencatatkan sejumlah RM6.7 bilion, tertinggi yang pernah direkodkan berbanding RM5.8 bilion pada 2023 yang melibatkan 16,869 urus niaga. 

Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Property Consultants Sdn Bhd, Sulaiman Saheh berkata, rekod terbaharu itu diperoleh daripada 20,321 urus niaga, peningkatan sebanyak 20.5% dari segi jumlah dan 15.5% dari segi nilai. 

Katanya, ia antara lain disumbangkan oleh kenaikan harga rumah dengan purata harga jualan mencecah RM340,000 pada tahun 2024 berbanding RM214,000 pada 2015. 


Dagang News Urus niaga hartanah di Melaka pada 2024 cecah RM6.7 bilion