Statistik tranksaksi pasaran hartanah keseluruhan pada tahun 2022 yang baru diterbitkan oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Hartanah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dengan peningkatan yang melepasi tahap pada tahun prapandemik 2019.
Peningkatan transaksi hartanah ini juga sejajar dengan peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan beberapa petunjuk utama sosio ekonomi negara, walaupun terpaksa berhadapan dengan persekitaran yang masih mencabar. Namun, adakah ia bermakna sentimen pasaran telah kembali ke paras yang diimpikan?
Jumlah nilai transaksi hartanah keseluruhan tahun lalu merekodkan jumlah tertinggi sejak bermulanya alaf baru dengan nilai keseluruhan sebanyak RM179.07 bilion.