Oleh Sr Sulaiman Saheh
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada awal bulan ini mengumumkan kelulusan untuk membina stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam sebagai sebahagian daripada Jajaran Utara laluan rel ECRL di Selangor.
Dikenali sebagai Seksyen C1 jajaran ECRL, Selangor akan mempunyai sejumlah lima stesen dengan stesen kelima di Jalan Kastam Pelabuhan Klang sebagai titik akhir laluan rel itu.
Daripada lima stesen itu iaitu ITT Gombak, Serendah Baru, Puncak Alam, Kapar dan Pelabuhan Klang, stesen Puncak Alam dan Kapar pada 2017 mulanya diumumkan sebagai titik stesen dalam perancangan untuk masa depan.
Namun, dengan kelulusan Puncak Alam, hanya Kapar yang tinggal sebagai titik stesen masa depan untuk keseluruhan jajaran.