KUALA LUMPUR: Harga bahan binaan yang tinggi sejak tahun lalu menyebabkan ada pemaju terpaksa menangguhkan pelancaran projek baharu kerana sudah tidak mampu menyerap kos kenaikan itu sehingga terpaksa memindahkannya kepada pengguna dengan menaikkan harga jualan rumah.
Pengarah Penyelidikan Rahim & Co, Sr Sulaiman Saheh, berkata langkah menaikkan harga rumah hanya menyebabkan projek baharu akan lebih sukar untuk dijual kerana sudah berada di luar kemampuan pembeli.
Justeru, katanya ada pemaju membuat keputusan untuk menangguhkan pelancaran projek ke tarikh lain yang dirasakan sesuai seperti ketika harga bahan binaan sudah turun atau sentimen bertambah baik.
"Bagaimanapun, perkara ini bergantung kepada keadaan dan lokasi. Ada sesetengah lokasi penduduknya masih mampu, maka pemaju akan meneruskan rancangan pelancaran mereka.
