Berita Harian |
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta baru-baru ini menerbitkan Laporan Pasaran Hartanah Suku Pertama 2025 yang dinanti-nantikan untuk melihat keadaan pasaran terkini setelah tahun 2024 berakhir dengan prestasi yang menggalakkan.
Menurut laporan itu, sektor pembinaan hartanah terutamanya bagi sektor kediaman dan sektor pangsapuri khidmat, telah mencatatkan perkembangan positif.
Pembinaan unit kediaman dilihat kukuh dengan pertumbuhan 32 peratus manakala pangsapuri khidmat melonjak lebih 170 peratus di dalam bilangan unit yang mula dibina berbanding setahun lalu.