BH |

Dewasa ini, sesuatu keputusan dalam pelaburan dan perancangan perniagaan adalah lebih rumit yang memerlukan pelabur dan pemegang taruh mengambil pendekatan yang lebih komprehensif, bertanggungjawab dan lestari.

Konsep Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) seringkali diketengahkan dan dibincangkan, yang dahulunya membabitkan pelaburan kewangan dan perniagaan, tetapi kini telah merangkumi pelbagai jenis dan cabang pelaburan, termasuklah pelaburan dalam pasaran hartanah.