BH |

KUALA LUMPUR: Kenaikan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus bermula Mac ini tidak akan memberi kesan ketara kepada permintaan pasaran hartanah kediaman di Malaysia.

Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, Sulaiman Saheh, berkata perubahan kadar cukai itu hanya akan menyebabkan reaksi spontan dalam pasaran atau perubahan jangka pendek. Namun, katanya selepas pasaran sudah dapat membiasakan diri dengan kenaikan itu, ia akan kembali menjadi normal.

"Peningkatan ini mungkin akan dirasai, reaksi spontan kita jangkakan, namun trend jangka panjang ataupun menuju ke separuh kedua tahun ini, ia akan kembali normal dan saya merasakan pasaran masih lagi baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis pelancaran laporan tahunan 'Reviu Pasaran Hartanah 2023/2024' Rahim & Co di sini, hari ini.


BH