Berita Harian |

Persepsi negatif yang dikaitkan dengan hartanah yang dijual melalui lelo­ngan biasanya datang dari­pada fakta bahawa hartanah ini telah dilelong oleh bank atas sebab kegagalan ke­wangan oleh pemilik asal. Lebih dikenali sebagai lelongan ‘foreclosure’, kebanyakan lelongan awam (untuk hartanah) di Malay­sia dilaksanakan sebagai proses penebusan oleh pihak pemberi pinjaman, di mana pihak bank ter­paksa menjual sesebuah rumah untuk menebus hutang daripada peminjam, iaitu pembeli rumah itu.

Namun, ada juga hartanah yang dilelong secara sukarela oleh penjual rumah dengan melantik jurulelong bertauliah atau Pelelong Berdaftar.


BH