Berita Harian |

Pada Ogos 2022, Malaysia menyaksikan rekod tempatan baharu dibuat dengan pembukaan Fasa 2 IOI City Mall kepada orang ramai, meletakkan pusat beli-belah berusia enam tahun ini sebagai pusat beli-belah terbesar negara setakat ini.

Tersergam dengan keluasan ruang boleh-sewa 2.5 juta kaki persegi, IOI City Mall kini menjadi pusat membeli-belah gergasi terbaharu, menempatkan mereka dalam kalangan kompleks beli-belah gergasi yang lain seperti One Utama Shopping Centre, Mid Valley Megamall dan Sunway Pyramid Shopping Centre.

Dengan pusat beli-belah yang baharu dan bersaiz mega lazimnya menjadi satu tanda kejayaan bagi orang ramai, bagaimanakah seseorang itu mengendali dirinya di kompleks mega ini.