BH |

Pada 13 Oktober 2023 lalu, Belanjawan 2024 diben­ tangkan di Parlimen dengan tema ‘Pembaharuan Ekono­ mi, Memperkasa Rakyat’ yang membabitkan peruntu­ kan RM393.8 bilion. Belanjawan MADANI kedua ini, bertujuan memartabatkan negara dan kedudukan ekonomi selepas melalui fasa pandemik yang mencabar dibelenggu oleh keadaan geopolitik yang masih berombak, turut me­rangkumi sektor hartanah.

Walaupun pasaran hartanah dilihat lebih aktif tahun lalu, momentum pertumbuhannya masih belum pulih sepenuhnya untuk mengharungi persekitaran ekonomi tidak menentu dewasa ini. Cabaran yang dihadapi sektor har­ tanah dengan isu lebihan bekalan atau ‘overhang’, peningkatan kos pembi­ naan dan isu kemampumilikan masih memerlukan sokongan kerajaan untuk mengembalikan keyakinan pasaran selain pelabur domestik dan antara­ bangsa.