BH |

Berikutan pemulihan peningkatan transaksi hartanah yang memberangsangkan pada 2022, pasaran hartanah pada 2023 bergerak pada kadar yang lebih sederhana. Pasaran pada tahun ini bermula dengan kadar yang lebih perlahan apabila bilangan urus niaga hartanah mencatat kejatuhan tahunan sebanyak 5.7 peratus pada suku pertama.

Namun, ini diikuti dengan pertumbuhan sebanyak 1.8 peratus pada suku kedua dan 3.7 peratus pada suku ketiga, yang akhirnya menarik prestasi pasaran negara untuk sembilan bulan pertama 2023 setanding dengan 2022. Walaupun belum diketahui prestasi untuk suku keempat semasa artikel ini ditulis, bilangan urus niaga untuk sembilan bulan pertama pada 2023 telah mencatat bilangan tertinggi sejak 2012.

Selain daripada normalisasi pasaran, prestasi 2023 kekal selari dengan kadar pemulihan pasca pandemik dan mengatasi prestasi sebelum 2020.