Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini mengumumkan cadangan memperkenalkan model bayaran yuran penyelenggaraan berdasarkan penggunaan atau pay-per-use bagi projek perumahan mampu milik akan datang.
Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kewangan penduduk dengan menggantikan caj bulanan tetap kepada sistem bayaran mengikut penggunaan kemudahan.
Cadangan ini adalah sebahagian daripada agenda 'Reformasi Perumahan' KPKT bagi memodenkan sektor perumahan.
Melalui pendekatan ini, kos penyelenggaraan dikaitkan terus dengan tahap penggunaan, sekali gus memastikan penduduk yang jarang menggunakan kemudahan seperti kolam renang, dewan serbaguna atau gimnasium tidak menanggung kos penyelenggaraan setinggi berbanding yang lebih kerap menggunakannya.
