Berita Harian |

Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) adalah satu infrastruktur yang sering dilabelkan sebagai laluan pelengkap kepada jaringan rel pengangkutan awam Lembah Klang. Jajaran sepanjang 50.8 kilometer (km) dengan sejumlah 31 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah ini akan mempunyai 10 stesen pertukaran dengan jaringan pengangkutan awam sedia ada iaitu laluan MRT Aliran Kajang, MRT Aliran Putrajaya, LRT Aliran Kelana Jaya, LRT Aliran Ampang, Monorel & KTM Komuter.

Setelah projek ini ditangguhkan pada 2018, proses tender oleh Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) bagi MRT3 telah bermula pada bulan Jun lalu yang menandakan titik mula untuk merealisasikan projek itu.


LRT